Sunday, December 4, 2011

Roti sosej

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 120ml susu segar
  • 50g telur
  • 300g tepung roti
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 60g butter
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • ******************
  • 12 btg sosej
  • sos tomato/cili
  • mayonis
  • telur untuk sapu

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan di atas bertanda (**) ke dalam breadmaker. On kan tunggu siap.
  2. Bila dah siap. Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
  3. 1
    Bahagikan kepada 12 bahagian. Rehatkan 10 minit
  4. Ambik sebiji roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 30cm.
  5. 2
    Pada bahagian hujung, buat leper sebagai tempat penyambung
  6. 3
    Kemudian sambungkan pada bahagian hujungnya
  7. 4
    Letakkan sosej pada bahagian tengah. Ulang langkah 4-6 sampai habis.
  8. 5
    Biar naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur
  9. Bakar pada suhu 180C selama 10 minit. Kalau roti belum nampak perang, biarkan dalam oven selama 5-6 minit selepas bakar sebelum dibawa keluar dr oven.
  10. 6
    Keluarkan roti dari oven dan sejukkan. Bila nak makan bolehlah letak sos dan mayonis.

No comments:

Post a Comment